Tuesday 8 April 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI


Sek.Keb Sungai Lui ini terletak di KM40 Felda Sungai Lui ,Jempol, Negeri Sembilan.

Sekolah Kebangsaan Sungai Lui Di bangunkan pada 20hb Ogos 1960.

Dirasmikan Pembukaannya oleh : 
DULI YANG MAHA MULIA TUNKU DURAH BTI TUNKU BESAR BURHANUDDIN TUANKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN (YMM Tunku Ampuan Durah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin adalah bekas permaisuri kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 9, DYMM Almarhum Tuanku Munawir) rujuk disini..



KaTa-KaTa AlUaN SEK. KEB. SUNGAI LUI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur kepada ilahi kerana diberi kesempatan untuk memberikan kata-kata aluan dalam dalam blog sekolah ini.
Diharapkan  blog ini dapat menjadi satu platform bagi menghubungkan guru, pelajar dan ibubapa. Semoga usaha murni akan mendapat keberkatan Ilahi dan akan diteruskan lagi oleh generasi yang akan datang.
Semoga semua pihak dapat mengambil manfaat daripada penghasilan blog sekolah ini.
Sekian, Wassalam.